KEMBARA
PRAGUE, REPUBLIK CZECH – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – PART IV (Final Episod)
Selepas
solat dan makan, jam 5pm kami sampai di stesen Praha Hlavni untuk perjalanan ke
Olomuc, Republic Czech sebuah bandar di timur Czech dengan jarak lebih kurang 3
jam dengan menaiki keretapi. Tiba di stesen terbabit kami terus ke locker untuk
mengambil beg kami dan menunggu keretapi ke Olumuc. Harga tiket ke Olumuc lebih
kurang 240 CZK lebih kurang RM45 untuk kelas ekonomi.
Info: Di Prague dengan
beli tiket untuk 24 jam hanya 100 CZK (lebih kurang RM20), boleh naik tram,
bas, mrt, lrt, kereta kabel. Janji dalam tempoh 24 jam. Jalur perkhidmatan awam
di Prague pada pandangan aku memang terbaik la.
Tiket
untuk perjalanan ke Olomuc adalah pada jam 6.06pm, bila lihat di skrin
informasi sudah keluar perjalanan ke
Olomuc, kami ke platform yang telah dinayatakan. Untuk makluman, disini waktu
keretapi amat tepat masa dan punctual. Kalau tiket 6.06pm, 6.06pm lah keretapi
itu bergerak. So, anda kena kejar masa, bukan keretapi yang kejar anda. Hahaha.
Usah banding kat Negaraku la, janji tren pukul 6pm, 6.30pm tidak sampai-sampai
lagi.hehehe.
![]() |
| Olomuc, i'm coming |
Sebelum tiba, saya tertanya-tanya benarkah sebegitu cantik kota
Praha/Pargue sehingga diberikan jolokan sebegitu. Namun, apabila sudah tiba dan
melihat dan merasai sendiri, maka mata menjadi saksi dan hati turut mengiyakan
kebenaran itu. Bandarnya sengaja dikekalkan dengan bangunan-bangunan lama
sebagai satu simbol kepada Negara Czech. Kecantikan binaan bangunannya, sudah
pasti membuatkan sesiapa saja akan terpesona.
Mungkin Prague ini tidak kenal istilah bangunan
pencakar langit. Memang tiada bangunan yang lebih 30 tingkat di sini.
Berbanding kalau di Asia. Masing-masing berlumba-lumba mahu membina bangunan
paling tinggi. Tidak di Prague, yang cukup menjaga seni bina bangunannya.
Memang indah dan menawan.
Keretapi mulai bergerak meningallkan kota Prague, di dalam hujan
renyai-renyai menuju ke Olomuc. Perjalanan yang memaparkan hamparan bumi yang
cantik di Republic Czech. Dikiri kanan perjalanan yang menghijau dengan padang
rumput yang luas. Ditengah-tengah perjalanan kelihatan keretapi membelah
banjaran gunung-gunung yang indah. Hutan-hutan yang cantik. Kampung-kampung dan
bandar-bandar kecil yang tersusun rapi. Tasik-tasik yang bersih dan berkilauan
(di Czech banyak larangan tasik tidak dibenarkan memancing). 3 jam perjalanan
menaiki keretapi dengan menikmati pemandangan yang tidak mungkin dilupakan.

























