Tuesday, 4 March 2014

KEMBARA PRAGUE, REPUBLIK CZECH – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – PART IV (Final Episod)

KEMBARA PRAGUE, REPUBLIK CZECH – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – PART IV (Final Episod)

Selepas solat dan makan, jam 5pm kami sampai di stesen Praha Hlavni untuk perjalanan ke Olomuc, Republic Czech sebuah bandar di timur Czech dengan jarak lebih kurang 3 jam dengan menaiki keretapi. Tiba di stesen terbabit kami terus ke locker untuk mengambil beg kami dan menunggu keretapi ke Olumuc. Harga tiket ke Olumuc lebih kurang 240 CZK lebih kurang RM45 untuk kelas ekonomi.

Info: Di Prague dengan beli tiket untuk 24 jam hanya 100 CZK (lebih kurang RM20), boleh naik tram, bas, mrt, lrt, kereta kabel. Janji dalam tempoh 24 jam. Jalur perkhidmatan awam di Prague pada pandangan aku memang terbaik la.

Tiket untuk perjalanan ke Olomuc adalah pada jam 6.06pm, bila lihat di skrin informasi sudah keluar  perjalanan ke Olomuc, kami ke platform yang telah dinayatakan. Untuk makluman, disini waktu keretapi amat tepat masa dan punctual. Kalau tiket 6.06pm, 6.06pm lah keretapi itu bergerak. So, anda kena kejar masa, bukan keretapi yang kejar anda. Hahaha. Usah banding kat Negaraku la, janji tren pukul 6pm, 6.30pm tidak sampai-sampai lagi.hehehe.

Olomuc, i'm coming
Kami pun naik keretapi ke Olomuc meninggalkan kota Prague, kota yang dikenali sebagai Kota Emas 100 Menara (Golden City of 100 Spires) yang telah dibina sejak abad ke-14 dan telah diakui oleh UNESCO sebagai salah satu Kota Warisan Dunia pada 1992. Kota Prague memiliki atmosfera yang unik dengan berbagai rekabentuk bangunan dan monumen yang menarik. Pada awal abad ke 19, seorang ahli matematik dan falsafah Bohemia telah mengira bilangan menara menara gereja dan bangunan di Praha dan mendapati terdapat 103 buah kesemuanya. Mulai saat itu, kota Praha dikenali sebagai Kota Emas 100 Menara kerana kebanyakan menaranya dicat warna emas. Selain itu, Prague tersebut juga turut dikenali sebagai Paris of Eastern Europe kerana dikatakan begitu cantik dan mempunyai suasana yang romantis.

Prague City
Sebelum tiba, saya tertanya-tanya benarkah sebegitu cantik kota Praha/Pargue sehingga diberikan jolokan sebegitu. Namun, apabila sudah tiba dan melihat dan merasai sendiri, maka mata menjadi saksi dan hati turut mengiyakan kebenaran itu. Bandarnya sengaja dikekalkan dengan bangunan-bangunan lama sebagai satu simbol kepada Negara Czech. Kecantikan binaan bangunannya, sudah pasti membuatkan sesiapa saja akan terpesona.


Mungkin Prague ini tidak kenal istilah bangunan pencakar langit. Memang tiada bangunan yang lebih 30 tingkat di sini. Berbanding kalau di Asia. Masing-masing berlumba-lumba mahu membina bangunan paling tinggi. Tidak di Prague, yang cukup menjaga seni bina bangunannya. Memang indah dan menawan.



Keretapi mulai bergerak meningallkan kota Prague, di dalam hujan renyai-renyai menuju ke Olomuc. Perjalanan yang memaparkan hamparan bumi yang cantik di Republic Czech. Dikiri kanan perjalanan yang menghijau dengan padang rumput yang luas. Ditengah-tengah perjalanan kelihatan keretapi membelah banjaran gunung-gunung yang indah. Hutan-hutan yang cantik. Kampung-kampung dan bandar-bandar kecil yang tersusun rapi. Tasik-tasik yang bersih dan berkilauan (di Czech banyak larangan tasik tidak dibenarkan memancing). 3 jam perjalanan menaiki keretapi dengan menikmati pemandangan yang tidak mungkin dilupakan.

Bertemu di next posting, Bandar Olomuc, Republic Czech.













No comments:

Post a Comment