Thursday, 1 August 2013

AIR POCKET - PENGALAMAN YANG MENAKUTKAN

Air Pocket

Assalamualaikum semua.

Okey sepatutnya catatan ini di tambah semasa coretan perjalanan di antara KL-Istanbul. Semasa berlepas kita kapalterbang dah naik, so kapten kapal pun bagi la greetings and komen blab la bla. Salah satu benda dia bagitau flight ini akan melalui kawasan air pocket. Aku rasa macam biasa la kot, standart langgar awan goyang biasa-biasa je la, lebih kurang naik flight g Sarawak atau sabah, kan kadang-kadang ada langgar awan sampai bergegar flight.


Dalam lepas 3 jam naik flight, selepas dapat meal yang pertama dalam Turkish Airlines, maybe area Lautan Hindi so merasailah pengalaman melalui air pocket yang teruk dan menakutkan aku la. Perghh..Sebanyak 3 kali kena air pocket, dimana terasa pesawat tuh langgar sesuatu dan terjunam ke bawah sebelum dapat control balik..Mak aii, nak tercabut jantung enta lah, .. Kebanyakan penumpang time nih dalam mula tidur al-maklumlah kenyang baru lepas melantak. Ini kire steady lagi la. Semua kebanyakan buat muka cool jer, pandang kiri kanan tgk penumpang lain..Stewardess pun just suruh cool down sebab ada budak-budak mula menangis.


Flight terus dalam keadaan bergegar gegar.. Dalam 5 minit lepas tuh, so kali nih kena air pocket kali kedua. Terasa bergoncang perut aku, rasa nak muntah pun ada..Tapi aku rileks la, tgk awek-awek turki kat kini kanan rileks jer. Dalam hati aku mengucap banyak-banyak lah..Budak-budak ada yang mula menangis. Flight terus bergerak dalam bergegar-gegar.



Dalam 5 minit lepas tuh, kali ini air pocket kali ketiga, yang paling kuat kena. Rasa muncung kapal terbang nak menjunam dan ekor kapal terbang naik ke atas (aku duduk kat bahagian ekor). Time nih ramai yang menjerit lah. Huru hara juga la flight tuh sekejap. Sampai tempat/kereta makanan yang pramugari selalu bawak tuh sampai menjunam dengan terbalik la. Nasib baik tak ada apa apa. Anak kapal lain semua menenangkan keadaan. Dalam beberapa minit lepas tuh flight berjaya keluar dari kawasan tersebut. Fuhhh, first time pengalaman kena air pocket yang sangat teruk, terasa menakutkan. Moga tak kena lagi dah lepas nih. Syukur Alhamdulillah semua selamat.




Friday, 19 July 2013

KEMBARA : ISTANBUL AKU DATANG

ISTANBUL AKU DATANG
Perjalanan mengembara ke Eropah ini bermula pada 23/6/2013 hingga 5/7/2013. So awal Mac 2013 dah tempah tiket dan mohon cuti siap-siap. Sebagai penjawat awam kena mohon dulu cuti untuk keluar negara. Alhamdulillah semua perancangan berjalan baik pada awalnya. Dalam pertengahan Mei 2013 difahamkan jadual kerja sudah berubah, akan ada event besar di Kuantan pada 19, 20, 21 dan 22 Jun iaitu hanya sehari sebelum bertolak ke Eropah. Habis event di Kuantan pada 22 Jun dalam 10 malam terus balik KL. Sempat bermalam di rumah semalam selepas seminggu outstation. Pagi 23 Jun bawa anak-anak jalan, makan-makan. Malam itu dah nak bergerak berpisah 2 minggu pula ngan familI.

23 Jun 2013 (11 pm waktu Malaysia)
Turkish Airlines
Sampai KLIA pukul 9 malam, abang long (abg iparku) sudah menunggu, kitaorang bungkus beg dengan plastik dan terus check in TURKISH AIRLINES. Kemudian terus pergi ke gate, terus masuk flight. Memang semua smooth, tidak ada menunggu lama sangat. Flight on time bergerak 11pm. Tabik pada TURKISH Airline yang on time betul. Perjalanan ke Istanbul selama 11 jam dan transit untuk ke Prague. Kami akan duduk di Istanbul lebih kurang 12 jam sementara menunggu flight ke Prague.

Sampai ke Antartuk Airport dalam jam 5 pagi waktu turki. Syukur Alhamdulillah sampai juga di bumi Turki nih. Waktu 5 pagi di Istanbul nih dah siang cerah. So time summer memang macam gitu ler, 4 pagi dah cerah. Waktu siang dia panjang. Subuh terlepas dan nak cari tempat nak qado lah nih.

Lepas keluar flight memang kitaorang plan nak tengok Hagia Sofiya. Tapi silap kitorang, kami pergi check in kat bahagian transit. Ini menyebabkan kami dalam ruang airport dan susah nak keluar. Beberapa kali kami ke sana ke sini bertanya dengan Imigeresen, polis dan macam-macam orang yang pakai seragam lah macam mana nak keluar airport.  Diorang semua tunjuk di satu pintu itu yang pengawal airport dia jaga. Bila sampai ke situ, dia cakap tak boleh keluar, dia minta visa la dan macam2 dia tanya (orang turki, English diorang tak pandai sangat), kena rujuk dengan kaunter itu dan ini. Selepas tiga kali ulang alik dan puas bertanya, selepas 3 jam baru dia bagi kitaorang keluar. Alhamdulillah. Sebenarnya bila masuk ke transit, diorang tak galakkan keluar takut flight terlepas. Dan satu lagi kalau nak keluar dari airport kena bayar tax. Tapi kami tak kena tax. Alhamdulillah sekali lagi. Untuk negara turki kita tak perlu kena visa pun. Dalam masa yang sama kasut aku terkopak, hallamak satu hal betul lah. Nasib baik kat atas flight tadi dia bekalkan selipar tidur. Kasut spare dalam bagasi, so pakai la selipar tidur tuh jalan-jalan kat Istanbul sampai Prague la.
Kasut kopak, pakai jer selipar kat Istanbul
Lepas pemeriksaan Imigresen, jam 8.15 am macam tuh la, Malaysia mungkin dalam pukul 2 petang, beza dalam 6 jam macam tuh la. Masalah sekarang macam mana nak pergi Masjid Biru dan Hagia Sofiya (area sultanahmed). Signboard semua bahasa turki.Hahaha. Masalah betul la. Nape la tak prepare awal-awal. Nak tengok intenet kat handphone mana ada line turki. Nasib baik dah roaming telefon awal-awal dari Malaysia. So telefon adik kat Malaysia dia pun bagi route nak ke sana. Lepas tuh saya pergi tukar duit 100 euro, dapat dalam 300 lira, tak ingat. Kat Turki matawang guna lira yer.

Dari airport naik metro ke stesen Zeytinburnu. Tiket seorang 3 lira. Dari Zeytinburnu tukar tren ke stesen Sultanahmet, tiket sorang pun 3 lira juga. Dalam lebih kurang 40 minit juga la dari Airpot ke Sultanahmed stesen.

Zeytinburnu Stesen
Keluar je dari tren tersergam indah Masjid Biru (Blue Mosque) dan Hagia Sofia yang hebat itu di hadapan kami. Mengimbau kembali kehebatan zaman empayar Turki Uthmaniah dan kehebatan Sultan Ahmad Al-Fatih membuka kota Costantinaple mengalahkan kerajaan Rom Byzntium. Subhanallah, rasa sangat bertuah berada di negara dua benua ini, Eropah dan Asia yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus dan laut Marmara. Dulu hanya baca  baca dan lihat gambar-gambar dalam buku. Tapi kini berada di depan mata.Teruja?? Aku memang teruja la, dulu time sekolah aku memang score A dalam Sejarah dengan Geografi. Tapi abang long aku buat rileks jer. Siap dia cakap, tengok dalam gambar cantik Masjid Biru nih tapi tengok dekat-dekat tak la besar sangat. Aku hanya tumpang gelak jer.
Masjid Biru
Berlatar belakangkan Hagia Sofya
Dalam kesempatan itu kami berhenti singgah sarapan dengan roti yang dibakar. Sini orang makan roti jer. Selepas itu kami pun bergambar lah kenang kenangan di sekitar kawasan Masjid Biru. Seterusnya kami berkesempatan untuk sembahyang di Masjid Biru. Saya buat qado’ Subuh dan buat solat sunat di dalam masjid yang penuh bersejarah tersebut. Aman dan damai berlatar berlakangkan laut Bosphorus. Seterusnya kami ke Hagia Sofia yang bersebelahan dengan Masjid Biru. Hagia Sofia dalam renovation. Kami tak masuk pun Mesum Hagia Sofiya (dulu masjid sekarang dah jadi mesum). Berhampiran dengan Hagia Sofia pula ada Istana Topkapi, pun tak berkesempatan nak masuk.
Solat di Masjid Biru




Semasa bersiar-siar di sekitar Hagia Sofiya, ada orang turki tegur kami yang bernama Ali. Beliau perasan abg long saya yang pakai kopiah tersebut dari airport. Ali mengajak kami ke kedai karpetnya dan menjamu kami dengan minuman tea. Amat peramah En Ali ini. Jam pun sudah hampir pukul 12pm, kami memohon untuk ke airport dan meminta bantuan En Ali untuk dapatkan teksi. Nak merasa naik teksi di Istanbul. Pemanduan teksi yang kami naiki dipandu dengan agak kasar dan laju. Dalam 25 minit kami sampai ke Airport dan tambang yang dikenakan adalah sebanyak 45 lira.
Cawan Tea Turki
Teksi Turki
Selat Bosphorus
Seterusnya kami masuk Airport dan terus ke pemeriksaan beg. Omaik ai, panjang giler kena beratur hampir 30 minit. Huh, kalau sapa kata KLIA teruk, korang datang airport turki ini lagi la teruk. Dah la tak  berapa mesra alam orang turki kat airport nih. Dekat pukul 1pm kami pun pergi ke foodcourt airport, Alhamdulillah jumpa nasi. Lepas tuh kami solat jamak qasar zohor dan asar di airport. Seterusnya menunggu flight ke Prague yang dijadual berlepas jam 5pm. Semoga jumpa di posting yang seterusnya.

Makan Nasik

Thursday, 11 July 2013

PENGEMBARAAN BERMULA

Syukur ke hadrat Allah dengan limpah dan kurnianya saya dapat menulis post blog saya yang pertama. Dari dulu nak menulis, tapi fikir banyak sangat tuh sebab tak menulis sehingga hari ini. Mungkin rasa bukan ‘hot story’ kot nak tulis untuk orang baca.

Alhamdulillah juga sebab baru-baru ini hampir 14 hari (22 Jun – 6 Julai 2013) dapat mengembara di beberapa buah negara di Eropah. Bermula transit di Istanbul Turkey, Republic Czech, Italy, Austria & Poland. Saya akan berkongsi pengalaman di negara-negara tersebut di posting akan dating. Untuk permulaan ini saya nak berkongsi tentang pengembaraan.

Dari kecil sebagai anak yang dilahirkan di Felda Trolak Selatan, hidup sebagai budak lelaki yang suka kan cabaran fizikal. Dari main-main polis sentry, tuju tin, mandi sungai, kayuh beskal redah bukit redah kebun getah dan kelapa sawit, pergi memancing. Dari situ timbul minat ‘berjalan’ dan merasai pengalaman yang best.Dekat sekolah pun saya seorang yang aktif jugak la. Semua benda saya aktif dari masuk team bola, badminton, pidato, nasyid, debat, tahfiz, tilawah quran, pengakap, pengawas dan macam-macam persatuan. Hahahha, macam gila kuasa lak. Tapi dari situ saya mula belajar macam-macam tentang kehidupan sehingga yang saya rasa benda yang paling saya susah nak dapat bila ditauliah sebagai PALAPES UM yang hebat batch 25. YDP Agong yang tauliah tuh, pastuh bila kenang balik kenapa lah boleh bertahan 3 tahun dalam kadet askar ek?? Tak pa itu semua pengalaman la kan.



Just nak berkongsi, Islam sebenarnya amat menggalakkan umatnya mengembara.Allah telah berfirman: "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada". (Surah Al-Hajj, ayat 46)

Firman Allah yang bermaksud: “Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)

Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.” (Surah an-Naml, ayat 69)

Firman Allah yang bermaksud: "Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Surah Al-Mulk, ayat 3)

Sejak zaman Nabi Muhammad dan mungkin juga zaman terdahulu darinya, bermusafir, mengembara atau merantau menjadi satu amalan yang baik kepada setiap orang terutama umat Islam yang sememangnya digalakkan untuk sentiasa mencari kebenaran dan ilmu pengetahuan terutama ilmu yang berkaitan tafsiran al-Quran dan sebagainya.

Seorang tokoh dan cendiakawan Islam, Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta atau lebih dikenali sebagai Ibn Battuta, diiktiraf sebagai pengembara paling hebat dalam sejarah manusia. Beliau mengembara sejauh lebih kurang 117,000 kilometer selama hampir 30 tahun. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.

Ibn Battutta yang berasal dari Maghribi memulakan langkah pertama dalam pengembaraannya ketika hendak menunaikan Haji di Mekah semasa berusia 24 tahun. Perjalanannya mengambil masa selama 16 bulan dan sejak daripada itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan meneruskan perjalanan menakluk dunia selepas mendapat gelaran haji.

Lihat sahaja tokoh ulama yang terkenal seperti Hujjatul Islam Al-Ghazali yang merantau dan mengembara ke pelusuk negara Arab seperti Jerussalem, Damascus dan Hijaz untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang seperti falsafah, kalam, fuqaha dan batiniah serta mengkaji kekuatan dan kelemahan masing-masing. 

Begitu juga dengan ulama-ulama lain yang terkenal sehinggi kini kerana kekayaan ilmu pengetahuannya hasil dari pengembaraan yang tiada hujungnya seperti Imam Tarmizi, Abu Raihan al-Biruni, Ibnu Hanbal, Imam Syafie dan ramai lagi. Malahan, Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengembara dan merantau ke setiap pelusuk negeri untuk menyebarkan Islam kepada umatnya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim" (Riwayat Saidina Anas).

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir” (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud dan Tarmidzi). Lihat, betapa tingginya taraf orang yang bermusafir atau mengembara sehingga doanya antara yang paling mustajab.

Jika hendak bermusafir, baginda Rasulullah SAW selalu memulakan perjalanan pada hari Khamis dan di waktu malam. Melalui hadis diriwayat oleh Bukhari: “Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis". Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud pula, Rasulullah SAW bersabda: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”

Dari maklumat di atas jelas Islam menggalakkan umatnya mengembara atau melancong kerana dengan cara itu, kita boleh mengukuhkan iman dan takwa melalui siri pengalaman dan pengajaran yang kita temui di sepanjang perjalanan. Mata hati dan minda perlu dibuka untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran agar pengembaraan yang kita lalui menjadikan kita lebih dekat dengan Allah.

Melancong atau mengembara juga memberi kesempatan untuk kita melihat sendiri kehidupan masyarakat di tempat orang, lebih-lebih lagi di tempat yang kurang bernasib baik berbanding negara kita. Melihatkan kemunduran dan kemusnahan di tempat mereka membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita telah nikmati di negara sendiri. Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Mengambil contoh diri sendiri, berasal dari Perak berhijrah ke Selangor/KL menuntut ilmu dan bekerja. Ia meningkatkan nilai diri dan kematangan, bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Mengembara ke tempat yang lain, lihat tempat orang, membina satu minda yang lebih luas betapa indahnya ciptaan Allah. Subhanallah, sungguh indah ciptaanNya.

Jadi teman-teman sekalian, ayuh kita mengembara. Islam sendiri menggalakkan umatnya keluar mengembara untuk melihat dunia. Jadi apa lagi alasan yang harus diberi? Kalau duit yang menjadi kekangan, kita mula dahulu dengan tempat-tempat berdekatan dengan kita. Ada rezeki lebih nanti, pergi ke tempat jauh pula. Ingat, perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama!