ISTANBUL AKU DATANG
Perjalanan mengembara ke Eropah ini bermula pada 23/6/2013
hingga 5/7/2013. So awal Mac 2013 dah tempah tiket dan mohon cuti siap-siap.
Sebagai penjawat awam kena mohon dulu cuti untuk keluar negara. Alhamdulillah
semua perancangan berjalan baik pada awalnya. Dalam pertengahan Mei 2013
difahamkan jadual kerja sudah berubah, akan ada event besar di Kuantan pada 19,
20, 21 dan 22 Jun iaitu hanya sehari sebelum bertolak ke Eropah. Habis event di
Kuantan pada 22 Jun dalam 10 malam terus balik KL. Sempat bermalam di rumah
semalam selepas seminggu outstation. Pagi 23 Jun bawa anak-anak jalan,
makan-makan. Malam itu dah nak bergerak berpisah 2 minggu pula ngan familI.
23 Jun 2013 (11 pm
waktu Malaysia)
![]() |
| Turkish Airlines |
Sampai KLIA pukul 9 malam, abang long (abg iparku) sudah
menunggu, kitaorang bungkus beg dengan plastik dan terus check in TURKISH
AIRLINES. Kemudian terus pergi ke gate, terus masuk flight. Memang semua
smooth, tidak ada menunggu lama sangat. Flight on time bergerak 11pm. Tabik
pada TURKISH Airline yang on time betul. Perjalanan ke Istanbul selama 11 jam
dan transit untuk ke Prague. Kami akan duduk di Istanbul lebih kurang 12 jam
sementara menunggu flight ke Prague.
Sampai ke Antartuk Airport dalam jam 5 pagi waktu turki.
Syukur Alhamdulillah sampai juga di bumi Turki nih. Waktu 5 pagi di Istanbul
nih dah siang cerah. So time summer memang macam gitu ler, 4 pagi dah cerah.
Waktu siang dia panjang. Subuh terlepas dan nak cari tempat nak qado lah nih.
Lepas keluar flight memang kitaorang plan nak tengok Hagia
Sofiya. Tapi silap kitorang, kami pergi check in kat bahagian transit. Ini
menyebabkan kami dalam ruang airport dan susah nak keluar. Beberapa kali kami
ke sana ke sini bertanya dengan Imigeresen, polis dan macam-macam orang yang
pakai seragam lah macam mana nak keluar airport. Diorang semua tunjuk di satu pintu itu yang
pengawal airport dia jaga. Bila sampai ke situ, dia cakap tak boleh keluar, dia
minta visa la dan macam2 dia tanya (orang turki, English diorang tak pandai
sangat), kena rujuk dengan kaunter itu dan ini. Selepas tiga kali ulang alik dan
puas bertanya, selepas 3 jam baru dia bagi kitaorang keluar. Alhamdulillah.
Sebenarnya bila masuk ke transit, diorang tak galakkan keluar takut flight
terlepas. Dan satu lagi kalau nak keluar dari airport kena bayar tax. Tapi kami
tak kena tax. Alhamdulillah sekali lagi. Untuk negara turki kita tak perlu kena
visa pun. Dalam masa yang sama kasut aku terkopak, hallamak satu hal betul lah.
Nasib baik kat atas flight tadi dia bekalkan selipar tidur. Kasut spare dalam
bagasi, so pakai la selipar tidur tuh jalan-jalan kat Istanbul sampai Prague
la.
![]() |
| Kasut kopak, pakai jer selipar kat Istanbul |
Lepas pemeriksaan Imigresen, jam 8.15 am macam tuh la,
Malaysia mungkin dalam pukul 2 petang, beza dalam 6 jam macam tuh la. Masalah
sekarang macam mana nak pergi Masjid Biru dan Hagia Sofiya (area sultanahmed).
Signboard semua bahasa turki.Hahaha. Masalah betul la. Nape la tak prepare
awal-awal. Nak tengok intenet kat handphone mana ada line turki. Nasib baik dah
roaming telefon awal-awal dari Malaysia. So telefon adik kat Malaysia dia pun
bagi route nak ke sana. Lepas tuh saya pergi tukar duit 100 euro, dapat dalam 300
lira, tak ingat. Kat Turki matawang guna lira yer.
Dari airport naik metro ke stesen Zeytinburnu. Tiket seorang
3 lira. Dari Zeytinburnu tukar tren ke stesen Sultanahmet, tiket sorang pun 3
lira juga. Dalam lebih kurang 40 minit juga la dari Airpot ke Sultanahmed
stesen.
![]() |
| Zeytinburnu Stesen |
Keluar je dari tren tersergam indah Masjid Biru (Blue Mosque)
dan Hagia Sofia yang hebat itu di hadapan kami. Mengimbau kembali kehebatan
zaman empayar Turki Uthmaniah dan kehebatan Sultan Ahmad Al-Fatih membuka kota
Costantinaple mengalahkan kerajaan Rom Byzntium. Subhanallah, rasa sangat
bertuah berada di negara dua benua ini, Eropah dan Asia yang dipisahkan oleh
Selat Bosphorus dan laut Marmara. Dulu hanya baca baca dan lihat gambar-gambar dalam buku. Tapi
kini berada di depan mata.Teruja?? Aku memang teruja la, dulu time sekolah aku
memang score A dalam Sejarah dengan Geografi. Tapi abang long aku buat rileks
jer. Siap dia cakap, tengok dalam gambar cantik Masjid Biru nih tapi tengok
dekat-dekat tak la besar sangat. Aku hanya tumpang gelak jer.
![]() |
| Masjid Biru |
![]() |
| Berlatar belakangkan Hagia Sofya |
Dalam kesempatan itu kami berhenti singgah sarapan dengan
roti yang dibakar. Sini orang makan roti jer. Selepas itu kami pun bergambar
lah kenang kenangan di sekitar kawasan Masjid Biru. Seterusnya kami
berkesempatan untuk sembahyang di Masjid Biru. Saya buat qado’ Subuh dan buat
solat sunat di dalam masjid yang penuh bersejarah tersebut. Aman dan damai
berlatar berlakangkan laut Bosphorus. Seterusnya kami ke Hagia Sofia yang
bersebelahan dengan Masjid Biru. Hagia Sofia dalam renovation. Kami tak masuk
pun Mesum Hagia Sofiya (dulu masjid sekarang dah jadi mesum). Berhampiran dengan
Hagia Sofia pula ada Istana Topkapi, pun tak berkesempatan nak masuk.
![]() |
| Solat di Masjid Biru |

Semasa bersiar-siar di sekitar Hagia Sofiya, ada orang turki
tegur kami yang bernama Ali. Beliau perasan abg long saya yang pakai kopiah
tersebut dari airport. Ali mengajak kami ke kedai karpetnya dan menjamu kami
dengan minuman tea. Amat peramah En Ali ini. Jam pun sudah hampir pukul 12pm,
kami memohon untuk ke airport dan meminta bantuan En Ali untuk dapatkan teksi. Nak
merasa naik teksi di Istanbul. Pemanduan teksi yang kami naiki dipandu dengan
agak kasar dan laju. Dalam 25 minit kami sampai ke Airport dan tambang yang
dikenakan adalah sebanyak 45 lira.
![]() |
| Cawan Tea Turki |
![]() |
| Teksi Turki |
![]() |
| Selat Bosphorus |
Seterusnya kami masuk Airport dan terus ke pemeriksaan beg.
Omaik ai, panjang giler kena beratur hampir 30 minit. Huh, kalau sapa kata KLIA
teruk, korang datang airport turki ini lagi la teruk. Dah la tak berapa mesra alam orang turki kat airport nih.
Dekat pukul 1pm kami pun pergi ke foodcourt airport, Alhamdulillah jumpa nasi.
Lepas tuh kami solat jamak qasar zohor dan asar di airport. Seterusnya menunggu
flight ke Prague yang dijadual berlepas jam 5pm. Semoga jumpa di posting yang
seterusnya.
![]() |
| Makan Nasik |











No comments:
Post a Comment