PRAGUE – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – Part I
23 Jun 2013, 5.00pm
Dari Airport Mustapha Kamal Antartuk Istanbul, Turki kami
akan bergerak ke destinasi yang dituju iaitu Prague. Kenangan di Istanbul pasti
tak boleh dilupakan walaupun hanya transit untuk 13 jam jer. Pengalaman di
airpot Istanbul tuh memang agak ketat kawalan dan pemeriksaan serta kurang
mesra disana. Berbanding KLIA, jauh lebih selesa tapi still orang complain juga
kan. Hehe. Perjalanan ke Prague Republic Czech mengambil masa dalam 2 jam
setengah dari Istanbul.
Akhirnya kapal terbang landing dalam pukul 6.30 petang
(waktu sini lewat 1 jam dari Istanbul dan lebih kurang 7jam dari Malaysia).
Time nih masih cerah la. Wahh cantik, rumput kat sini hijau dia memang cantik
sangat . Lepas turun kapal terbang, kat imigresen dan pemeriksaan semua ok,
disini pemeriksaan tak ketat sangat. Suasana airport mendamaikan sebab tak
ramai orang. Tak macam di Istanbul, nak beratur untuk periksa pun dekat
setengah jam.
Selesai semua pemeriksaan sah lah kami bergelar tetamu
kepada negara Republic Czech ini. Cuaca agak panas diluar air port, dan kami
terus berjumpa anak saudara saya yang memang belajar di negara ini. Datang nak
tengok konvokesyen dia la di Universiti Olomuc. Dalam pada masa yang sama, dua
lagi sahabat abg ipar sampai juga disini, tapi diorang ambil penerbangan
kl-frankfut dan naik tren laju ke Prague. So kami akan menjelajah beberapa buah
negara eropah bersama-sama dalam tempoh dua minggu ini.
Seterusnya kami menaiki bus dan mrt ke bandar prague untuk ke
hostel yang telah ditempah. Disini bilik hostel tempahan dibuat ikut kepala 35
euro semalam. Maksudnya, kalau dalam bilik itu ada 8 katil, bercampur la. Cuma nasib
baik malam ini tak ada penghuni perempuan, kami bere empat dalam satu bilik
bersama seorang seorang warga Tunisia dan Serbia dan mereka berdua lelaki.
Selepas selesai membersihkan diri, maklum lah hampir nak
masuk 24 jam tak mandi badan pun dah melekit, rasa segar dengan suasana sejuk
diluar sebab masa tuh hujan renyai-renyai. Perut pun dah lapar, memang kena
mencari makanan. Di Prague, tak susah sangat mencari restoran halal, sebab
banyak juga kedai Turki or Pakistan di sini. Malam ini ke restoran kebab turki
untuk rasa kebab disana. Ada juga jual nasi disini. Jadi tak ada masalah sangat
bab makan di Prague.
![]() |
| Nasi beriani kambing di Prague |
Selesai makan kami pun bersiar-siar di sekitar Prague.
Seronok berjalan disini sebab tidak sesak macam di KL. Seni bina bangunan
ratusan tahun disini memang megasyikkan bahkan terdapat juga istana gereja yang
berusia hampir 1000 tahun. Banyak berjalan, nak sebut nama tempat-tempat yang
melawat tuh tak ingat, sebab tak catit nama tempat. Nak sebut pun susah. Tengok
gambar jer la yer.
Selepas kepenatan kami pun balik ke hostel untuk kembara
yang lebih mencabar esok hari. Tunggu untuk next post yer..











No comments:
Post a Comment