Wednesday, 19 February 2014

KEMBARA PRAGUE, Republic Czech – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – Part II

PRAGUE, Republic Czech – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – Part II :
Wanita Czech Paling Cantik di dunia??

Latar Belakang Republic Czech.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk posting part II ini saya akan menulis serba sedikit mengenai latar belakang negara Republic Czech. Sekadar berkongsi pengetahuan dengan semua orang.
Warna Orange menunjukkan negara Czech
Ermm, bila sebut Czech, kalau siapa minat EPL confirm akan terbayang Peter Czech Goalkeeper Chelsea atau siapa yang minat Arsenal,Thomas Rosicky pasti dalam bayangan di kepala. Jadi kedua-dua pemain ini berasal dari Republic Czech.

Kenapa saya letak tajuk posting ini ‘Jantung Hati Benua Eropah’? Ok. Ini sebab kalau korang tengok peta eropah, Republic Czech ini terletak ditengah-tengah benua eropah. Bentuk negara dia pun ala-ala bentuk hati. So banyak la penulisan berkaitan dengan Czech ini dengan istilah ‘heart of europe’ untuk menggambarkan kedudukan geografi dia.

Dari segi sejarah, Republik Czech  muncul pada 1993 selepas pemecahan Chechoslovakia. Namun sejarah negara Czech bermula jauh lebih awal pada akhir abad ke 9 ketika ia disatukan oleh Dinasti Přemyslid. Kerajaan Bohemia adalah penguasanya, namun konflik keagamaan seperti Perang Hussit abad ke-15 dan Perang Tiga Puluh Tahun abad ke-17 sangat merosakkan. Kemudian negara ini di bawah pengaruh Habsburg dan menjadi sebahagian Austria-Hungary. Setelah jatuhnya negara ini setelah Perang Dunia Pertama, Czech dan jirannya Slovakia bergabung dan membentuk republik merdeka Czechoslovakia pada 1918. Setelah Perang Dunia Kedua, Czechoslovakia jatuh ke dalam pengaruh Kesatuan Soviet. Pada 1968, satu serangan oleh pasukan Pakatan Warsaw mengakhiri usaha pemimpin negara ini untuk meliberalisasikan parti berkuasa dan menciptakan "sosialisme" pada Musim Bunga Praha. Pada 1989 selepas pembubaran Kesatuan Soviet Union, Czechoslovakia mendapatkan kebebasan melalui Revolusi Baldu. Pada 1 Januari 1993 negara ini secara damai pecah menjadi dua, menciptakan Republik Czech dan Slovakia yang merdeka. Republik Czech bergabung dengan NATO pada 1999 dan Kesatuan Eropah pada 2004.

Panjang pula cerita pasal sejarah kan. Hehehe. Bila ditanya pada penduduk Czech kebanyakan mereka agak anti dengan jiran lama mereka iaitu Slovakia. Bagi mereka bangsa Slovakia adalah kasar dan miskin berbanding Czech yang lebih maju dan beradab.

Penduduk di Czech dianggarkan seramai 12 juta orang, tak ramai sangat jadi tidak rasa sesak kalau ke bandar-bandar utama mereka. Bandaraya utama adalah Prague (ibu negara), Brno, Ostrava, Olumuc dan lain-lain. Di Czech matawang tak guna euro, mereka guna duit sendiri iaitu koruna. Tukaran duit lebih kurang sama dengan duit Ringgit Malaysia.
Dari segi agama kebanyakan mereka walaupun menganut agama Kristian ortodoks, tetapi kepercayaan mereka lebih kepada free thinker/tidak percaya tuhan, dan amalan berdasarkan agama kristian lebih kepada nilai tradisi sahaja. Maksudnya, upacara perkahwinan atau kematian mengikut amalan kristian disebabkan faktor tradisi. Bila di tanya kepada anak saudara yang belajar di sana, di universiti untuk mengamalkan agama masing-masing sangat sukar, tiada surau di universiti. Untuk penganut kristian pun hanya ada satu bilik kecil sahaja, macam stor untuk penganut kristian beribadat. Dianggarkan lebih kurang 300 pelajar Malaysia ada di Republik Czech dan kebanyakan menuntut dalam jurusan perubatan.
Sebuah surau di Prague
Dari segi geografi, memang negara ini cantik. hijau rumput memang cantik macam lukisan. Memang rasa damai dan tenang disini. 

Pengangkutan awam pun dianggap memang sistematik terutama di bandar. Tren merupakan pengankutan awam yang utama. Kalau dibandar, memang respek pemanduan kenderaan mereka yang lebih beradab sopan berbandind di Malaysia. Disini, jika pejalan kaki ingin melintas, mereka akan memberi laluan, itu memang respek habis lah dengan driver di republik Czech. Dari segi adab Islam, memang boleh nampak amalan itu di amalkan pada driver disini. Bukan nak buruk kan negara sendiri, tetapi memang jauh langit dan bumi beza perangai driver Malaysia yang rata-rata kasar dan tak hormat undang-undang!!
 
Laluan Tram di Prague
Tengok adab penduduk Czech naik tren, teratur

Dari segi penduduk memang boleh dikatakan penduduk negara ini dikategorikan keturunan yang cantik dan handsome. Wanita Czech memang cantik, dulu aku anggap wanita turki paling cantik, tapi bila datang sini pandangan aku berubah. Secara amnya, wanita-wanita Czech mempunyai tubuh yang  solid (nak kata kurus kering bukan, nak kata terlebih isi pun tak) tinggi lampai, muka bujur sirih, kulit putih serta rupa paras memang cun. Macam model, mengalahkan model wanita Itali, USA, Inggeris, Jerman, Holland, Perancis, Scandinavia dan sebagainya. Susah nak jumpa gadis Czech yang terlebih berat badan. Tengok pemain tennis wanita diorang pun cukup tahu memang cantik.Hahahha.
 
Cunnn bebb

Beza gila kegelapan diriku berbanding wanita Czech
Masa datang ini musim panas, matahari terbit mula 3.30 pagi (subuh 2.30 pagi), sampai ke waktu maghrib 10.30 malam. Panjang betul siang dia. Siapa puasa di waktu musim panas ni memang kuat dugaan dia. Serba sedikit maklumat mengenai negara Czech. Berjumpa kita di posting seterusnya.

No comments:

Post a Comment