Tuesday, 4 March 2014

KEMBARA PRAGUE, REPUBLIK CZECH – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – PART IV (Final Episod)

KEMBARA PRAGUE, REPUBLIK CZECH – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – PART IV (Final Episod)

Selepas solat dan makan, jam 5pm kami sampai di stesen Praha Hlavni untuk perjalanan ke Olomuc, Republic Czech sebuah bandar di timur Czech dengan jarak lebih kurang 3 jam dengan menaiki keretapi. Tiba di stesen terbabit kami terus ke locker untuk mengambil beg kami dan menunggu keretapi ke Olumuc. Harga tiket ke Olumuc lebih kurang 240 CZK lebih kurang RM45 untuk kelas ekonomi.

Info: Di Prague dengan beli tiket untuk 24 jam hanya 100 CZK (lebih kurang RM20), boleh naik tram, bas, mrt, lrt, kereta kabel. Janji dalam tempoh 24 jam. Jalur perkhidmatan awam di Prague pada pandangan aku memang terbaik la.

Tiket untuk perjalanan ke Olomuc adalah pada jam 6.06pm, bila lihat di skrin informasi sudah keluar  perjalanan ke Olomuc, kami ke platform yang telah dinayatakan. Untuk makluman, disini waktu keretapi amat tepat masa dan punctual. Kalau tiket 6.06pm, 6.06pm lah keretapi itu bergerak. So, anda kena kejar masa, bukan keretapi yang kejar anda. Hahaha. Usah banding kat Negaraku la, janji tren pukul 6pm, 6.30pm tidak sampai-sampai lagi.hehehe.

Olomuc, i'm coming
Kami pun naik keretapi ke Olomuc meninggalkan kota Prague, kota yang dikenali sebagai Kota Emas 100 Menara (Golden City of 100 Spires) yang telah dibina sejak abad ke-14 dan telah diakui oleh UNESCO sebagai salah satu Kota Warisan Dunia pada 1992. Kota Prague memiliki atmosfera yang unik dengan berbagai rekabentuk bangunan dan monumen yang menarik. Pada awal abad ke 19, seorang ahli matematik dan falsafah Bohemia telah mengira bilangan menara menara gereja dan bangunan di Praha dan mendapati terdapat 103 buah kesemuanya. Mulai saat itu, kota Praha dikenali sebagai Kota Emas 100 Menara kerana kebanyakan menaranya dicat warna emas. Selain itu, Prague tersebut juga turut dikenali sebagai Paris of Eastern Europe kerana dikatakan begitu cantik dan mempunyai suasana yang romantis.

Prague City
Sebelum tiba, saya tertanya-tanya benarkah sebegitu cantik kota Praha/Pargue sehingga diberikan jolokan sebegitu. Namun, apabila sudah tiba dan melihat dan merasai sendiri, maka mata menjadi saksi dan hati turut mengiyakan kebenaran itu. Bandarnya sengaja dikekalkan dengan bangunan-bangunan lama sebagai satu simbol kepada Negara Czech. Kecantikan binaan bangunannya, sudah pasti membuatkan sesiapa saja akan terpesona.


Mungkin Prague ini tidak kenal istilah bangunan pencakar langit. Memang tiada bangunan yang lebih 30 tingkat di sini. Berbanding kalau di Asia. Masing-masing berlumba-lumba mahu membina bangunan paling tinggi. Tidak di Prague, yang cukup menjaga seni bina bangunannya. Memang indah dan menawan.



Keretapi mulai bergerak meningallkan kota Prague, di dalam hujan renyai-renyai menuju ke Olomuc. Perjalanan yang memaparkan hamparan bumi yang cantik di Republic Czech. Dikiri kanan perjalanan yang menghijau dengan padang rumput yang luas. Ditengah-tengah perjalanan kelihatan keretapi membelah banjaran gunung-gunung yang indah. Hutan-hutan yang cantik. Kampung-kampung dan bandar-bandar kecil yang tersusun rapi. Tasik-tasik yang bersih dan berkilauan (di Czech banyak larangan tasik tidak dibenarkan memancing). 3 jam perjalanan menaiki keretapi dengan menikmati pemandangan yang tidak mungkin dilupakan.

Bertemu di next posting, Bandar Olomuc, Republic Czech.













Monday, 3 March 2014

KEMBARA PRAGUE – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – Part III


24 June 2013


Lawatan Sekitar Prague


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Dimulakan penulisan dengan kalimah mulia Bismillahirohanirohim dan Allahumasollia’la Muhamad.


Selepas solat subuh jam 2.30 pagi, kami semua sambung tidur balik sehingga jam 7 pagi. Penat badan sebab tempoh perjalanan dari KL ke Prague hampir 24 jam tak habis hilang lagi. First time dapat rasa pagi yang sangat panjang. Bayangkan dalam pukul 3.30 pagi sudah terbit matahari. Sini waktu solat zohor dalam pukul 1.30 petang. Panjang betul waktu pagi di musim summer ini.

Sejuk, hujan renyai-renyai waktu pagi

Perancangan pada pagi ini, kami akan menjelajah destinasi pelancongan di sekitar Prague. Pemandu pelancong yang akan membawa kami bersiar-siar adalah anak saudara saya Dr. Azyana yang akan graduate ke esokkan harinya. Jam  6 petang pula kami akan bergerak ke Olomuc sebuah bandar di Timur Czech dimana letaknya tempat pengajian anak saudara saya. Jarak perjalanan 3 jam dengan keretapi.


Jam 9.00 pagi, kami semua bersiap untuk checkout dan terus untuk breakfast di sebuah restoran kira-kira 4 blok dari hostel penginapan kami. Tak ada sesiapa pun semasa kami masuk restoran tersebut, dan menu pun tidak banyak pilihan, kebanyakan roti dan biskut sahaja. Saya memesan roti dan fresh orange jer. Harga ?? hahaha. 11 euro jer, jangan compare duit Malaysia, kalu tak pengsan !! So kitaorang makan la apa yang ada .. sob sob sob ..

Bfast makan roti

Destinasi pertama kami ke stesen Praha Hlavni Nadrazi, sebuah stesen utama di sini. Macam KL Sentral la, pusat kenderaan awam. So, kitaorang sewa locker untuk bubuh beg beg kami ini. Senang sikit nak berjalan, takkan nak mengangkut beg nak pergi melancong kot ..hehehe.
 
Prague Castle

Dengan menaiki tram, kami pergi ke Prague Castle sebuah istana lama, besar betul istana nih. Macam istana Count Dracula tak pun macam istana dalam cerita Merlin & King Arthur. Memang cantik dan menyeramkan. Kawasan tumpuan utama pelancong disini. Dibina sekitar tahun 870 dan antara istana terbesar di Eropah, fuhhh dah hampir seribu tahun dan masih kekal teguh. Terdiri daripada cathedral yang besar di tengah-tengah istana tersebut. Memang terbayang punyalah istana count Dracula kalau tengok istana nih. Sempat juga kami berbual dengan pelancong Thailand di sini. Banyak pelancong Thailand dan Vietnam di Czech sebab ada direct penerbangan ke Prague dari negara diorang. Penat juga berjalan mengelilingi istana nih. Hampir dua jam disini kami pun bergerak ke tempat lain.

                                        

                                      

Charles Bridge

Dengan naik tram, kami terus ke Charles Bridge tempat pelancongan paling utama di Prague. Ini tempat wajib melawat nih. Kalau korang pernah tengok filem XXX lakonan Vin Diesel, yang akhir-akhir movie tersebut yang mana Vin Diesel letupkan bom tuh, di jambatan inilah mereka berlakon. So jambatan ini dibina pada tahun 1357 oleh King Charles IV, menyeberangi sungai Vlatava. Memang duduk diatas jambatan ini memang mengasyikkan. Kalau time bercinta bawa awek duduk diatas jambatan ini memang terbaik la, romantik habis.


Waktu ini memang ramai orang. Dah tempat tumpuan orang, konfirm la ramai orang. Banyak aktiviti di sini, ada orang melukis, ada orang menari, ada orang buat silap mata, ada orang mainkan muzik tradisional yang ala-ala jazz dan macam-macam ada. Memang menghiburkan. Udara yang nyaman dingin sepoi-sepoi bahasa, sungai yang cantik. Memang nak datang lagi.
Charles Bridge

Vlatava River
Uncle buat Magic




Prague City

Old Town

Berhampiran Charles Bridge adalah kawasan Old Town, tempat berjalan-jalan atau senang cerita macam pasar seni kat KL. Sekitarnya adalah tempat jualan cenderamata seperti T-shirt, key chain dan lain-lain cenderamata la. Harga?? Mahal juga la, kalau t-shirt sehelai normal 5 euro kalau kain cotton yang biasa..hehe..beli sikit untuk kenang-kenangan boleh la. So habis berpuluh-puluh euro juga la beli key chain dengan t-shirt nih. 

Dr Azyana & Pak cik Shukri Shoping
Nak beli awek ni tapi mahal sangat :p

Kedai Cenderamata






















Old Town Hall Tower & Astronomical Clock

Dalam kawasan Old Town nih juga ada satu menara jam yang famous, pernah tengok dekat discovery Channel dulu. Bila tepat waktu setiap jam, akan bergerak la mekanikal jam tersebut, semua dalam dia bergerak, siap keluar muzik dan patung-patung. Masa ini berkerumun orang datang nak tengok. Pada pandangan aku tak de la ajaib mana pun, macam biasa je.. Bunyi tong tang tong tang je pun. Tapi orang eropah kang menghargai seni. Sebab itu beriya iya tangkap gambar dan berkerumun dekat menara jam tuh bagai nak rak termasuk la aku. Hehehe. 
Astronomical clock
Jam pun dah hampir pukul 3pm. So ada 3 jam lagi sebelum nak kejar keretapi ke bandar Olomuc. Perut pun dah lapar, kaki pun dah penat, kami pun menapak la pergi ke kedai makan masakan ala India & Pakistan. Hari ini lunch makan nasi beriyani ayam pula. Selepas makan kami pun solat di sebuah pusat Islam di Prague. Di Prague difahamkan tiada masjid, cuma ada pusat Islam. Kagum dengan ketabahan umat Islam yang hidup di negara bukan Islam. Selesai solat kami terus ke stesen Praha Hlavni Nadrazi untuk menunggu keretapi ke bandar Olomuc, Republik Czech.




Jumpa lagi di next post.

Wednesday, 19 February 2014

KEMBARA PRAGUE, Republic Czech – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – Part II

PRAGUE, Republic Czech – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – Part II :
Wanita Czech Paling Cantik di dunia??

Latar Belakang Republic Czech.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk posting part II ini saya akan menulis serba sedikit mengenai latar belakang negara Republic Czech. Sekadar berkongsi pengetahuan dengan semua orang.
Warna Orange menunjukkan negara Czech
Ermm, bila sebut Czech, kalau siapa minat EPL confirm akan terbayang Peter Czech Goalkeeper Chelsea atau siapa yang minat Arsenal,Thomas Rosicky pasti dalam bayangan di kepala. Jadi kedua-dua pemain ini berasal dari Republic Czech.

Kenapa saya letak tajuk posting ini ‘Jantung Hati Benua Eropah’? Ok. Ini sebab kalau korang tengok peta eropah, Republic Czech ini terletak ditengah-tengah benua eropah. Bentuk negara dia pun ala-ala bentuk hati. So banyak la penulisan berkaitan dengan Czech ini dengan istilah ‘heart of europe’ untuk menggambarkan kedudukan geografi dia.

Dari segi sejarah, Republik Czech  muncul pada 1993 selepas pemecahan Chechoslovakia. Namun sejarah negara Czech bermula jauh lebih awal pada akhir abad ke 9 ketika ia disatukan oleh Dinasti PÅ™emyslid. Kerajaan Bohemia adalah penguasanya, namun konflik keagamaan seperti Perang Hussit abad ke-15 dan Perang Tiga Puluh Tahun abad ke-17 sangat merosakkan. Kemudian negara ini di bawah pengaruh Habsburg dan menjadi sebahagian Austria-Hungary. Setelah jatuhnya negara ini setelah Perang Dunia Pertama, Czech dan jirannya Slovakia bergabung dan membentuk republik merdeka Czechoslovakia pada 1918. Setelah Perang Dunia Kedua, Czechoslovakia jatuh ke dalam pengaruh Kesatuan Soviet. Pada 1968, satu serangan oleh pasukan Pakatan Warsaw mengakhiri usaha pemimpin negara ini untuk meliberalisasikan parti berkuasa dan menciptakan "sosialisme" pada Musim Bunga Praha. Pada 1989 selepas pembubaran Kesatuan Soviet Union, Czechoslovakia mendapatkan kebebasan melalui Revolusi Baldu. Pada 1 Januari 1993 negara ini secara damai pecah menjadi dua, menciptakan Republik Czech dan Slovakia yang merdeka. Republik Czech bergabung dengan NATO pada 1999 dan Kesatuan Eropah pada 2004.

Panjang pula cerita pasal sejarah kan. Hehehe. Bila ditanya pada penduduk Czech kebanyakan mereka agak anti dengan jiran lama mereka iaitu Slovakia. Bagi mereka bangsa Slovakia adalah kasar dan miskin berbanding Czech yang lebih maju dan beradab.

Penduduk di Czech dianggarkan seramai 12 juta orang, tak ramai sangat jadi tidak rasa sesak kalau ke bandar-bandar utama mereka. Bandaraya utama adalah Prague (ibu negara), Brno, Ostrava, Olumuc dan lain-lain. Di Czech matawang tak guna euro, mereka guna duit sendiri iaitu koruna. Tukaran duit lebih kurang sama dengan duit Ringgit Malaysia.
Dari segi agama kebanyakan mereka walaupun menganut agama Kristian ortodoks, tetapi kepercayaan mereka lebih kepada free thinker/tidak percaya tuhan, dan amalan berdasarkan agama kristian lebih kepada nilai tradisi sahaja. Maksudnya, upacara perkahwinan atau kematian mengikut amalan kristian disebabkan faktor tradisi. Bila di tanya kepada anak saudara yang belajar di sana, di universiti untuk mengamalkan agama masing-masing sangat sukar, tiada surau di universiti. Untuk penganut kristian pun hanya ada satu bilik kecil sahaja, macam stor untuk penganut kristian beribadat. Dianggarkan lebih kurang 300 pelajar Malaysia ada di Republik Czech dan kebanyakan menuntut dalam jurusan perubatan.
Sebuah surau di Prague
Dari segi geografi, memang negara ini cantik. hijau rumput memang cantik macam lukisan. Memang rasa damai dan tenang disini. 

Pengangkutan awam pun dianggap memang sistematik terutama di bandar. Tren merupakan pengankutan awam yang utama. Kalau dibandar, memang respek pemanduan kenderaan mereka yang lebih beradab sopan berbandind di Malaysia. Disini, jika pejalan kaki ingin melintas, mereka akan memberi laluan, itu memang respek habis lah dengan driver di republik Czech. Dari segi adab Islam, memang boleh nampak amalan itu di amalkan pada driver disini. Bukan nak buruk kan negara sendiri, tetapi memang jauh langit dan bumi beza perangai driver Malaysia yang rata-rata kasar dan tak hormat undang-undang!!
 
Laluan Tram di Prague
Tengok adab penduduk Czech naik tren, teratur

Dari segi penduduk memang boleh dikatakan penduduk negara ini dikategorikan keturunan yang cantik dan handsome. Wanita Czech memang cantik, dulu aku anggap wanita turki paling cantik, tapi bila datang sini pandangan aku berubah. Secara amnya, wanita-wanita Czech mempunyai tubuh yang  solid (nak kata kurus kering bukan, nak kata terlebih isi pun tak) tinggi lampai, muka bujur sirih, kulit putih serta rupa paras memang cun. Macam model, mengalahkan model wanita Itali, USA, Inggeris, Jerman, Holland, Perancis, Scandinavia dan sebagainya. Susah nak jumpa gadis Czech yang terlebih berat badan. Tengok pemain tennis wanita diorang pun cukup tahu memang cantik.Hahahha.
 
Cunnn bebb

Beza gila kegelapan diriku berbanding wanita Czech
Masa datang ini musim panas, matahari terbit mula 3.30 pagi (subuh 2.30 pagi), sampai ke waktu maghrib 10.30 malam. Panjang betul siang dia. Siapa puasa di waktu musim panas ni memang kuat dugaan dia. Serba sedikit maklumat mengenai negara Czech. Berjumpa kita di posting seterusnya.

Monday, 17 February 2014

KEMBARA PRAGUE – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – Part I

PRAGUE – JANTUNG HATI BENUA EROPAH – Part I

23 Jun 2013, 5.00pm

Dari Airport Mustapha Kamal Antartuk Istanbul, Turki kami akan bergerak ke destinasi yang dituju iaitu Prague. Kenangan di Istanbul pasti tak boleh dilupakan walaupun hanya transit untuk 13 jam jer. Pengalaman di airpot Istanbul tuh memang agak ketat kawalan dan pemeriksaan serta kurang mesra disana. Berbanding KLIA, jauh lebih selesa tapi still orang complain juga kan. Hehe. Perjalanan ke Prague Republic Czech mengambil masa dalam 2 jam setengah dari Istanbul.



Akhirnya kapal terbang landing dalam pukul 6.30 petang (waktu sini lewat 1 jam dari Istanbul dan lebih kurang 7jam dari Malaysia). Time nih masih cerah la. Wahh cantik, rumput kat sini hijau dia memang cantik sangat . Lepas turun kapal terbang, kat imigresen dan pemeriksaan semua ok, disini pemeriksaan tak ketat sangat. Suasana airport mendamaikan sebab tak ramai orang. Tak macam di Istanbul, nak beratur untuk periksa pun dekat setengah jam.


Selesai semua pemeriksaan sah lah kami bergelar tetamu kepada negara Republic Czech ini. Cuaca agak panas diluar air port, dan kami terus berjumpa anak saudara saya yang memang belajar di negara ini. Datang nak tengok konvokesyen dia la di Universiti Olomuc. Dalam pada masa yang sama, dua lagi sahabat abg ipar sampai juga disini, tapi diorang ambil penerbangan kl-frankfut dan naik tren laju ke Prague. So kami akan menjelajah beberapa buah negara eropah bersama-sama dalam tempoh dua minggu ini.


Seterusnya kami menaiki bus dan mrt ke bandar prague untuk ke hostel yang telah ditempah. Disini bilik hostel tempahan dibuat ikut kepala 35 euro semalam. Maksudnya, kalau dalam bilik itu ada 8 katil, bercampur la. Cuma nasib baik malam ini tak ada penghuni perempuan, kami bere empat dalam satu bilik bersama seorang seorang warga Tunisia dan Serbia dan mereka berdua lelaki.

Selepas selesai membersihkan diri, maklum lah hampir nak masuk 24 jam tak mandi badan pun dah melekit, rasa segar dengan suasana sejuk diluar sebab masa tuh hujan renyai-renyai. Perut pun dah lapar, memang kena mencari makanan. Di Prague, tak susah sangat mencari restoran halal, sebab banyak juga kedai Turki or Pakistan di sini. Malam ini ke restoran kebab turki untuk rasa kebab disana. Ada juga jual nasi disini. Jadi tak ada masalah sangat bab makan di Prague.


Nasi beriani kambing di Prague
Selesai makan kami pun bersiar-siar di sekitar Prague. Seronok berjalan disini sebab tidak sesak macam di KL. Seni bina bangunan ratusan tahun disini memang megasyikkan bahkan terdapat juga istana gereja yang berusia hampir 1000 tahun. Banyak berjalan, nak sebut nama tempat-tempat yang melawat tuh tak ingat, sebab tak catit nama tempat. Nak sebut pun susah. Tengok gambar jer la yer.









Selepas kepenatan kami pun balik ke hostel untuk kembara yang lebih mencabar esok hari. Tunggu untuk next post yer..

Thursday, 1 August 2013

AIR POCKET - PENGALAMAN YANG MENAKUTKAN

Air Pocket

Assalamualaikum semua.

Okey sepatutnya catatan ini di tambah semasa coretan perjalanan di antara KL-Istanbul. Semasa berlepas kita kapalterbang dah naik, so kapten kapal pun bagi la greetings and komen blab la bla. Salah satu benda dia bagitau flight ini akan melalui kawasan air pocket. Aku rasa macam biasa la kot, standart langgar awan goyang biasa-biasa je la, lebih kurang naik flight g Sarawak atau sabah, kan kadang-kadang ada langgar awan sampai bergegar flight.


Dalam lepas 3 jam naik flight, selepas dapat meal yang pertama dalam Turkish Airlines, maybe area Lautan Hindi so merasailah pengalaman melalui air pocket yang teruk dan menakutkan aku la. Perghh..Sebanyak 3 kali kena air pocket, dimana terasa pesawat tuh langgar sesuatu dan terjunam ke bawah sebelum dapat control balik..Mak aii, nak tercabut jantung enta lah, .. Kebanyakan penumpang time nih dalam mula tidur al-maklumlah kenyang baru lepas melantak. Ini kire steady lagi la. Semua kebanyakan buat muka cool jer, pandang kiri kanan tgk penumpang lain..Stewardess pun just suruh cool down sebab ada budak-budak mula menangis.


Flight terus dalam keadaan bergegar gegar.. Dalam 5 minit lepas tuh, so kali nih kena air pocket kali kedua. Terasa bergoncang perut aku, rasa nak muntah pun ada..Tapi aku rileks la, tgk awek-awek turki kat kini kanan rileks jer. Dalam hati aku mengucap banyak-banyak lah..Budak-budak ada yang mula menangis. Flight terus bergerak dalam bergegar-gegar.



Dalam 5 minit lepas tuh, kali ini air pocket kali ketiga, yang paling kuat kena. Rasa muncung kapal terbang nak menjunam dan ekor kapal terbang naik ke atas (aku duduk kat bahagian ekor). Time nih ramai yang menjerit lah. Huru hara juga la flight tuh sekejap. Sampai tempat/kereta makanan yang pramugari selalu bawak tuh sampai menjunam dengan terbalik la. Nasib baik tak ada apa apa. Anak kapal lain semua menenangkan keadaan. Dalam beberapa minit lepas tuh flight berjaya keluar dari kawasan tersebut. Fuhhh, first time pengalaman kena air pocket yang sangat teruk, terasa menakutkan. Moga tak kena lagi dah lepas nih. Syukur Alhamdulillah semua selamat.




Friday, 19 July 2013

KEMBARA : ISTANBUL AKU DATANG

ISTANBUL AKU DATANG
Perjalanan mengembara ke Eropah ini bermula pada 23/6/2013 hingga 5/7/2013. So awal Mac 2013 dah tempah tiket dan mohon cuti siap-siap. Sebagai penjawat awam kena mohon dulu cuti untuk keluar negara. Alhamdulillah semua perancangan berjalan baik pada awalnya. Dalam pertengahan Mei 2013 difahamkan jadual kerja sudah berubah, akan ada event besar di Kuantan pada 19, 20, 21 dan 22 Jun iaitu hanya sehari sebelum bertolak ke Eropah. Habis event di Kuantan pada 22 Jun dalam 10 malam terus balik KL. Sempat bermalam di rumah semalam selepas seminggu outstation. Pagi 23 Jun bawa anak-anak jalan, makan-makan. Malam itu dah nak bergerak berpisah 2 minggu pula ngan familI.

23 Jun 2013 (11 pm waktu Malaysia)
Turkish Airlines
Sampai KLIA pukul 9 malam, abang long (abg iparku) sudah menunggu, kitaorang bungkus beg dengan plastik dan terus check in TURKISH AIRLINES. Kemudian terus pergi ke gate, terus masuk flight. Memang semua smooth, tidak ada menunggu lama sangat. Flight on time bergerak 11pm. Tabik pada TURKISH Airline yang on time betul. Perjalanan ke Istanbul selama 11 jam dan transit untuk ke Prague. Kami akan duduk di Istanbul lebih kurang 12 jam sementara menunggu flight ke Prague.

Sampai ke Antartuk Airport dalam jam 5 pagi waktu turki. Syukur Alhamdulillah sampai juga di bumi Turki nih. Waktu 5 pagi di Istanbul nih dah siang cerah. So time summer memang macam gitu ler, 4 pagi dah cerah. Waktu siang dia panjang. Subuh terlepas dan nak cari tempat nak qado lah nih.

Lepas keluar flight memang kitaorang plan nak tengok Hagia Sofiya. Tapi silap kitorang, kami pergi check in kat bahagian transit. Ini menyebabkan kami dalam ruang airport dan susah nak keluar. Beberapa kali kami ke sana ke sini bertanya dengan Imigeresen, polis dan macam-macam orang yang pakai seragam lah macam mana nak keluar airport.  Diorang semua tunjuk di satu pintu itu yang pengawal airport dia jaga. Bila sampai ke situ, dia cakap tak boleh keluar, dia minta visa la dan macam2 dia tanya (orang turki, English diorang tak pandai sangat), kena rujuk dengan kaunter itu dan ini. Selepas tiga kali ulang alik dan puas bertanya, selepas 3 jam baru dia bagi kitaorang keluar. Alhamdulillah. Sebenarnya bila masuk ke transit, diorang tak galakkan keluar takut flight terlepas. Dan satu lagi kalau nak keluar dari airport kena bayar tax. Tapi kami tak kena tax. Alhamdulillah sekali lagi. Untuk negara turki kita tak perlu kena visa pun. Dalam masa yang sama kasut aku terkopak, hallamak satu hal betul lah. Nasib baik kat atas flight tadi dia bekalkan selipar tidur. Kasut spare dalam bagasi, so pakai la selipar tidur tuh jalan-jalan kat Istanbul sampai Prague la.
Kasut kopak, pakai jer selipar kat Istanbul
Lepas pemeriksaan Imigresen, jam 8.15 am macam tuh la, Malaysia mungkin dalam pukul 2 petang, beza dalam 6 jam macam tuh la. Masalah sekarang macam mana nak pergi Masjid Biru dan Hagia Sofiya (area sultanahmed). Signboard semua bahasa turki.Hahaha. Masalah betul la. Nape la tak prepare awal-awal. Nak tengok intenet kat handphone mana ada line turki. Nasib baik dah roaming telefon awal-awal dari Malaysia. So telefon adik kat Malaysia dia pun bagi route nak ke sana. Lepas tuh saya pergi tukar duit 100 euro, dapat dalam 300 lira, tak ingat. Kat Turki matawang guna lira yer.

Dari airport naik metro ke stesen Zeytinburnu. Tiket seorang 3 lira. Dari Zeytinburnu tukar tren ke stesen Sultanahmet, tiket sorang pun 3 lira juga. Dalam lebih kurang 40 minit juga la dari Airpot ke Sultanahmed stesen.

Zeytinburnu Stesen
Keluar je dari tren tersergam indah Masjid Biru (Blue Mosque) dan Hagia Sofia yang hebat itu di hadapan kami. Mengimbau kembali kehebatan zaman empayar Turki Uthmaniah dan kehebatan Sultan Ahmad Al-Fatih membuka kota Costantinaple mengalahkan kerajaan Rom Byzntium. Subhanallah, rasa sangat bertuah berada di negara dua benua ini, Eropah dan Asia yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus dan laut Marmara. Dulu hanya baca  baca dan lihat gambar-gambar dalam buku. Tapi kini berada di depan mata.Teruja?? Aku memang teruja la, dulu time sekolah aku memang score A dalam Sejarah dengan Geografi. Tapi abang long aku buat rileks jer. Siap dia cakap, tengok dalam gambar cantik Masjid Biru nih tapi tengok dekat-dekat tak la besar sangat. Aku hanya tumpang gelak jer.
Masjid Biru
Berlatar belakangkan Hagia Sofya
Dalam kesempatan itu kami berhenti singgah sarapan dengan roti yang dibakar. Sini orang makan roti jer. Selepas itu kami pun bergambar lah kenang kenangan di sekitar kawasan Masjid Biru. Seterusnya kami berkesempatan untuk sembahyang di Masjid Biru. Saya buat qado’ Subuh dan buat solat sunat di dalam masjid yang penuh bersejarah tersebut. Aman dan damai berlatar berlakangkan laut Bosphorus. Seterusnya kami ke Hagia Sofia yang bersebelahan dengan Masjid Biru. Hagia Sofia dalam renovation. Kami tak masuk pun Mesum Hagia Sofiya (dulu masjid sekarang dah jadi mesum). Berhampiran dengan Hagia Sofia pula ada Istana Topkapi, pun tak berkesempatan nak masuk.
Solat di Masjid Biru




Semasa bersiar-siar di sekitar Hagia Sofiya, ada orang turki tegur kami yang bernama Ali. Beliau perasan abg long saya yang pakai kopiah tersebut dari airport. Ali mengajak kami ke kedai karpetnya dan menjamu kami dengan minuman tea. Amat peramah En Ali ini. Jam pun sudah hampir pukul 12pm, kami memohon untuk ke airport dan meminta bantuan En Ali untuk dapatkan teksi. Nak merasa naik teksi di Istanbul. Pemanduan teksi yang kami naiki dipandu dengan agak kasar dan laju. Dalam 25 minit kami sampai ke Airport dan tambang yang dikenakan adalah sebanyak 45 lira.
Cawan Tea Turki
Teksi Turki
Selat Bosphorus
Seterusnya kami masuk Airport dan terus ke pemeriksaan beg. Omaik ai, panjang giler kena beratur hampir 30 minit. Huh, kalau sapa kata KLIA teruk, korang datang airport turki ini lagi la teruk. Dah la tak  berapa mesra alam orang turki kat airport nih. Dekat pukul 1pm kami pun pergi ke foodcourt airport, Alhamdulillah jumpa nasi. Lepas tuh kami solat jamak qasar zohor dan asar di airport. Seterusnya menunggu flight ke Prague yang dijadual berlepas jam 5pm. Semoga jumpa di posting yang seterusnya.

Makan Nasik